Program klinik eMagazine
10 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 9 November 2017, pihak MCMC telah mengadakan klinik eMagazine di Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 10, Putrajaya. Program ini merupakan Penyediaan terakhir bagi mengemaskini majalah atas talian sekolah-sekolah yang terlibat di sekitar Putrajaya dan Seorang guru dan pelajar menjadi wakil setiap sekolah yang telah dijemput untuk sama-sama mengikuti program ini.Seramai 21 peserta yang terdiri dari guru dan palajar sekolah yang mewakili 9 sekolah telah menamatkan sesi klinik eMagazine ini.
Berikut adalah kebaikan dan kelebihan menghadiri kelas yang dianjurkan:
Program ini dianjurkan oleh pihak MCMC bagi memberi peluang kepada guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah sekitar Putrajaya dan Cyberjaya mengemaskini dan berbincang sekiranya ada masalah berbangkit berkenaan program eMagazine. Program ini amat memberi faedah kepada peserta-peserta yang menghadiri nya.
Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini dijalankan:
- Penganjur bertanya tentang progres majalah atas talian yang telah dibuat oleh pihak sekolah
- Peserta-peserta boleh berkongsi masalah dan perkara yang berkaitan bagi majalah sekolah atas talian
- Peserta-peserta dapat menimba ilmu dan pengalaman dari program yang dianjurkan oleh pihak MCMC ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: